Friday, March 14, 2008

Keputusan PRU12 P7 Padang Terap




Apa-apa pun kita kena terima hakikat langit tak selalu cerah, hidup ibarat roda, muhasabah diri adalah jalan terbaik dan setiap ketentuan tuhan ada hikmah dan fadilatnya. Jangan kita tangisi kegagalan hari ini tetapi rancang dan bina genarasi baru untuk kesinambungan perjuangan bagi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Oleh itu kita bertemu lagi pada tahun 2012.

Read more...

Tuesday, December 18, 2007

Bantuan Mangsa Banjir

Beberapa mangsa banjir telah menerima bantuan dari dari YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Mahazir Khalid yang juga merupakan ADUN Pedu. Sumbangan tersebut disampaikan melalui En Halim (Setiausaha Pejabat ADUN). Turut serta dalam penyampaian bantuan itu adalah Haji Abdullah bin Awang Ahmad (Pengerusi JKKK Kampung Sireh). Seramai 7 keluarga mangsa banjir di sekitar Kampung Sireh, Kg Lubuk Perong & Kg. Kuala Tekai telah menerima bantuan banjir.

Read more...

Banjir di Kampung Sireh (18 Disember 2007)

Selama dua hari hujan menyebabkan berlaku banjir di beberapa bahagian di kampung sireh menyebabkan terputus laluan ke Kuala Nerang. Kawasan Banjir pertama ialah di kawasan Jambatan Kg. Sireh (Titi Kg Sireh) di mana air naik hingga ke paras lutut menyebabkan kenderaan tidak dapat melintas kecuali bagi kenderaan yang tinggi.


Kawasan banjir yang kedua ialah di kawasan Jambatan Kuala Tekai (Titi Kho Tekai), di mana air naik hingga ke paras lutut, juga menyebabkan kenderaan tidak dapat melintas. * Sila klik pada gambar untuk membesarkan saiz

Read more...

Sunday, October 28, 2007

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Selamat Datang ke Blog JKKK Kampung Sireh.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP